CARA PEMBUANGAN MINYAK MASAK TERPAKAI DENGAN BETUL


1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak.

Apa kata daripada kita buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah kita jual kepada yang berkenaan..

Alam terjaga, kita pun dapat duit.. betul x?
==

2. Gunakan serbuk pengeras minyak

Kalau kat jepun, mereka tidak dibenarkan membuang minyak dalam bentuk cecair.. Mereka wajib mengeraskan minyak dulu dengan menggunakan serbuk pengeras sebelum mereka buang dalam tong sampah..

Mudah sahaja caranya, panaskan minyak dan masukkan serbuk pengeras.. Tunggu sehingga minyak menyejuk dan kita dapat lihat minyak terpakai tadi seakan membeku.. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan ikat dengan kemas sebelum kita buang ke dalam tong sampah..

Mana nak dapat serbuk pengeras ni? Ada dijual di Daiso..
==

3. Kumpul dalam botol

Kalau rasa malas sangat nak jual minyak terpakai, kita boleh kumpul minyak terpakai tu dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula.. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut..

Senang ke susah? Ssnang kan..
==

4. Kitar semula sendiri

Kalau kita jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak.. Sebenarnya dari minyak masak terpakai kita boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin..

Percaya atau tidak minyak masak terpakai ni kita boleh hasilkan lilin?
.
.
Ikhlas dari minyak masak cap kijang😍